Followers

Follower 2

Monday, 31 October 2011

Gadis Kedai Buku

Dia,si gemuk yang sering kali dipersendakan oleh rakan2nya.Disebabkan badannya yang agak debab,maka agak sukar baginya untuk mendapat kawan2.Apatah lagi gadis2.Sepanjang hidupnya,dia cukup takut untuk jatuh cinta pada sesiapa pun didalam dunia ini kerana dia seakan2akan tahu akan jawapan yang akan diterimanya.Tidak!Ianya ternyata amat menyakitkan.Dia tidak mahu sakit lagi.


Namun suatu hari,sesuatu telah berlaku,dan ianya mengubah pendirian dia.


Dia bekerja di sebuah kedai makanan segera di sebuah shopping complex yang separa siap.Di panggil separa siap kerana shopping complex itu masih baru dan tak begitu banyak kedai yang di buka di situ.Berhabuk pulak tu.Sebagai waiter,dia sentiasa bersedia di pintu hadapan bagi menyambut mana2 tetamu yang hadir di kedai tersebut.Dan pada ketika itulah,ianya berlaku.

Seorang gadis yang sungguh comel dengan memakai baju T-Shirt hitam berkolar serta rambutnya yang panjang lurus masuk ke dalam kedai itu.Dia ternyata terpana sebentar kerana begitu kagum akan kecantikkan si gadis itu.Namun,bukan dia sahaja,hampir semua orang didalam kedai itu begitu.Sehinggakan,mereka yang bekerja dibahagian dapur juga turut keluar bagi melihat gadis tersebut.Ya,Gadis itu sungguh cantik.Saat itu,hampir semua pekerja berebut2 untuk mengambil pesanan gadis itu.Begitu juga dia.Dia begitu mahukan lantas dia cepat2 pergi mengambil menu dan dengan segera dia mengambil pesanan si gadis itu.Oh ya,sudahkah saya katakan yang dia sungguh comel?Dan dia rasa,itu moment paling indah dalam hidupnya walaupun semua perbualan adalah dalam bentuk yang amat formal.Dia ternyata jatuh cinta.

Keesokkan harinya,kisah si gadis yang cantik itu menjadi kecoh sebentar.Menjadi bahan bualan dalam kedai dan sering diperkatakan.Dia pula,ternanti2 mana tahu kalau2 gadis itu datang lagi ke kedai tersebut.Mana tahu kan.Kekecohan itu menarik perhatian salah seorang pekerja yang tidak hadir bekerja semalam.Setelah segala maklumat tentang si gadis itu diberi oleh semua,baru lah diketahui bahwa si Gadis rupanya kawan kepada pekerja tersebut.Lisa nama si Gadis.Lisa.Secantik namanya,secantik wajahnya.Dan dia juga mendapat suatu maklumat yang sungguh penting baginya.Si gadis itu turut bekerja disitu.Dan dia berkerja di tempat kegemarannya utnuk meluangkan masa,kedai buku.




Semenjak hari itu,setiap kali waktu rehat,dia kan meluangkan masa sekurang2nya 10 atau 15 minit untuk datang ke kedai tersebut sekadar untuk menatap seketika gadis idamannya itu.Bukan dia taknak menegur.Jika diambil kira dengan kecantikkan gadis tersebut,sudah tentu dia takkan mahu memandang lelaki sepertinya.Dah la gemuk,skema,tak kaya.Ya,dia rasakan gadis idamannya itu pasti high standard.Mungkin.

Tapi,dia perasan,setiap kali jika dia terserempak dengan gadis itu,sudah pasti dia akan masuk ke dalam stor dalam satu tempoh masa yang lama.Kiranya,sampai tak keluar2 dari situ.Dia banyak kali menyelamatkan dirinya yang merasakan semakin kebawah dengan senyuman sambil di dalam hatinya berkata “Mungkin bosnya suruh buat kerja kot” walaupun hakikat sebenarnya,dia sendiri tahu.Ianya bukan begitu.Cuma sejarah minta ianya berulang.

Suatu hari,ketika itu 14 Februari.Seperti biasa,dia masuk ke kedai tersebut.Dan seperti biasa juga,sekadar mahu menatap sebentar Gadis idamannya itu.Sudahkah aku nyatakan betapa cantiknya keayuan wajah gadis idamannya itu?Apabila masuk sahaja ke dalam kedai tersebut,matanya mula melilau untuk mencari2 kelibat Gadis tersebut.Ada!Gadis tersebut sedang mengemaskan buku.Dia begitu ingin mulakan perbualan lantas,dia sengaja mensibukkan diri berdekatan dengan rak yang sedang disusun oleh Gadis itu dengan harapan,gadis itu akan bertanya sesuatu padanya.Dan dengan harapan,perbualan pun akan bermula.

Hampa.Cuma ada seorang lelaki yang seperti mat saleh yang datang menyapa.Setelah hampir 25 minit berada berdekatan dengan rak tersebut,dia mula rasa apa yang dilakukan ini sia2.Dia mula mengambil keputusan untuk keluar dari kedai buku tersebut.Tiba-tiba,sesuatu berlaku



“To all customer in Boarders bookstore,i would like to wish Happy Valentine Days to all customers and please enjoy yourself while in here.Thanks”



Sesudah habis bercakap menggunakan microfon,gadis itu terus berlalu pergi masuk ke dalam tempat stor.Ya,dia tahu,kata2 itu sudah tentu pasti bukan ditujukan untuk dirinya seorang.Sudah pasti bukan.Sahih.Tapi hari itu,akal memberikan peluang untuk hati berasa gembira sedikit.Dia biarkan hatinya berkata2 dusta bahwasanya kata2 gadis itu sebentar tadi ditujukan untuk dirinya.Dia tersenyum dan berlalu pergi.Andai ditolak keadaan akal yang sengaja membiarkan hatinya membohongi dirinya sendiri,itulah hari yang paling bahagia dalam hidupnya.

Semenjak dari itu,semakin kerap dia datang ke kedai buku tersebut.Namun,apa yang dia dapat sekadar kehampaan yang terus menrus.Mengapa?Gadis itu semakin tidak kelihatan dimana2.Di kaunter,di rak buku.Atau dimana2 sahaja.Sudah dua minggu berlalu dan perkara sama tetap berulang.Adakah dia sudah berhenti bekerja?Adakah dia berasa takut kerana si gadis sebenarnya sedar kan kehadiran dia disitu?Adakah dia begitu bencikan dia?Sumpah,dia sungguh sedih.Sudah begitu lama rasanya dia tidak melihat wajah si Gadis itu.Namun,dia tetap keluar dari kedai itu dengan senyuman.Entah mengapa.


4 Bulan selepas itu,jika dikira dari hari pertama dia hadir bekerja,hari itu merupakan hari terakhirnya di tempat kerja itu.Sesuatu berlaku di tempat kerjanya dan ianya tak mungkin mampu diperbetulkan lagi.Tepat pukul 5 Petang,setelah meng”Punch” kad,dia pun berlalu dari situ.Kakinya tidak terus melangkah ke tempat letak motornya,tetapi ke tempat yang suatu ketika pernah menjadi tempat persinggahan yang tetap.

Ya,dia merasa rindu pada orang yang tidak sepatutnya..Dia ingin berkata “Hey,aku sudah berhenti kerja.Aku dah tak boleh datang lagi Lisa.Aku tahu memang aku takde chance nak jadi pakwe kau.Tapi, at least,biarlah aku nak tengok wajah kau buat kali terakhir or maybe we can be friend?”.Ya,itu yang ingin dikatakan.Biarlah andai Lisa nak kata dia gila.Biarlah.

Kakinya terus melangkah semula kedai buku tersebut dengan harapan tersebut.Masuk sahaja kekedai,matanya mula melilau mencari2 kelibat gadis itu.Tiada.Hampa.Dia mula melangkah longlai keluar semula dari kedai tersebut dan terus ke tempat letak motornya.

Sampai sahaja ke motornya,dia tersenyum.Terdetik di hatinya “Kalau aku jumpa dia tadi,takkan la aku nak cakap camtu pulak.Gila.Kang di ingatkan aku ni si Gila Seks.”.Dia ketawa kecil.Dia mengimbas kembali saat dimana jika andai kata gadis itu ada di kedai buku tersebut.

“Sekurang2nya,aku boleh sebut “Hai,remember me?The person that serve u sandwich?”..Hahaha,mesti dia dah tak ingat.Tapi at least,aku still nak cakap hi kat dia.Kalau lah ada peluang sekali lagi.”

Sedang dia memerhati keadaan pintu keluar,ia termakbul.Ya,permintaan nya sebentar tadi termakbul.Dia ternampak Gadis tersebut sedang berjalan sehingga ke pintu keluar dan sedang berdiri seorang diri disitu..Ya,dia pasti,itulah gadis itu.Gadis yang sama dia minati itu.Gadis yang ditetapkan sebagai gadis idaman.Ya,ia disitu.Tak mungkin hatta mustahil utnuk dia tersilap.


“Nak tegur ke?Ini je lah peluang terakhir aku ye dak?”



Dia menghidupkan enjin motornya,setelah 3 minit,dia menyarungkan helmetnya dan terus berlalu pergi,melalui pintu keluar tersebut.Sambil mata memerhati buat terakhir kalinya gadis idamannya itu.Aku dah cakap kan dia begitu cantik?Dan,dia tersenyum puas.

Baginya,biarlah dia terus berharap.Dia rasakan itu lebih manis.Dia takut,kalau2 kemanisan yang dia sedang kecapi itu bertukar menjadi igauan paling ngeri dalam sejarah karingeri.blogspot.com.Mana tahu,bila dia menyapa dengan hai,si Gadis mungkin akan memberikan sebuah memori hitam yang paling hitam superb hitam black dalam hidupnya.Siapa tahu?


Lagipun,aku pemalu.


Sekian.


From:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

0 comments:

Post a Comment