Followers

Follower 2

Thursday, 3 November 2011

Kisah Teruna dan Dara


4 tahun

mengenali sejak kecil mnyebabkan mereka rapat,ditambah pula dengan hubungan baik ibu bapa mereka,sejak mereka 4 tahun,mereka sering bermain bersama..begitu rapat..dari perasaan sebagai kawan,timbul perasaan cinta didalam hati DARA..begitu juga hati TERUNA..namun,mereka tidak saling meluahkan serta sering menafikan..sekadar menyatakan "teman tapi mesra"

........................................................................................

14 tahun

berdegup hati DARA,mengetap bibir geram,seperti tidak percaya apa yang dilihatnya..si TERUNA mencium pipi si GADIS..si GADIS kelihatan malu2..begitu juga si TERUNA..tidak mahu melihat lama,si DARAmemaling kan mukanya dri pandangan yang begitu menyakitkan hatinya..tanpa sedar,dendam mula menyebar di dalam hati si DARA..

si DARA mula berubah sikap,daripada seorang gadis yang biasa mula mencari lelaki,sering bertukar2 pasangan..si TERUNA yang melihatmenjadi cemburu..berlaku sedikit pertengkaran..si DARA bertanya,

"mengapa kau sibuk??ko sukakan aku??"

..TERUNA mukam,tidak menjawab..mengapa begitu berat..mengapa..namun TERUNA memujuk dan menyuruh DARA berubah..ia mengambil masa...Tetapi,perasaan mereka sama,masih menyayangi,namun tidak di beritahu..persahabatan makin erat terjalin..

........................................................................................

24 tahun

hari jadi TERUNA yg ke -24..dengan kerjaya yang dimilikinya,rasanya sudah tiba masanya untuk dia melamar si DARA,tidak tertahan lagi akn rasa cintanya yg amat mendalam terhadap si DARA..dia sudah membuat keputusan untuk melamar si DARA pada malam jamuan hari jadinya..malam sebelum harijadinya,si TERUNA menelefon si DARA untuk menjemput si DARA serta memberitahu ada sesuatu yang ingin diumumkan pada si DARA pada malam jamuan itu..

si DARA gelabah,dia merasakan si TERUNA akan mengumumkan pertunangan nyer dengan si GADIS..dia tidak mahu perasan sakit itu kembali..tidak mahu..lantas dia menelefon LELAKI,salah seorangbekas kekasihnya semasa di kolej untuk menemaninye di jamuan itu..

Saat untuk mengumumkan pun tiba,matanya mencari-cari si DARA,

"saya ingin mengumukan sesuatu,pada malam ini saya akan melamar seseorang begitu istimewa bagi saya"

sambil bercakap matanya liar mencari si DARA..si DARA baru tiba,dengan "kekasih"nya..luluh..luluh hati TERUNA,dia geram,dengan pantas dia mengumumkan si GADIS sebagai tunangnya.. 
Telaan si DARA benar..bagi dirinya...........

.
........................................................................................

34 tahun

sudah sepuluh tahun peristiwa itu berlaku..si TERUNA terus setia dengan si GADIS melayari perkahwinan yang baru berusia 3 tahun..si TERUNA mengambil masa yang agak lama untuk berkahwin..entah mengapa..

si DARA masih sama..tidak ada pasangan nyer yang kekal..setiap kali orang bertanya,dia akan menjawab tidak serasi..padahal,cuma dirinya tahu mengapa..dia sangat merindui si TERUNA,namun enggan mengakuinya.Lantas,si DARA mengambil keputusan untuk ke luar negara sejak 3 tahun yang lalu..5 bulan sebelum si TERUNA mengahwini si GADIS..kini,dia sudah mula bekerjaya...pemergiannya tidak diberitahu pada si TERUNA..terus terputus hubungan..

........................................................................................

44 tahun..

reunion sekolah menengah diadakan..cukup meriah...kebetulan si DARA sudah berada di tanah air..reunion ini menemukan si DARA dengan si TERUNA semula..mereka duduk di satu sudut dan berbual..mereka lebih banyak ketawa setelah mereka menceritakan detik2 ketika mereka kecil dan ketika mereka bersekolah..entah macam mana,si TERUNA bersuara.......

"ko ingat lagi,ketika kita berumur 14 tahun,aku mencium si GADIS..ketika itu,aku menciumnyer bukan dengan niat,ia sekadar pertaruhan antara rakan aku,aku ingin meminta maaf pada kau ketika itu,namun ko sudah bersama dengan lelaki lain..dan ingat kah kau ketika hari jadi ku yang ke 24..aku sebenarnya ingin melamar kau..tetapi,apabila kau hadir bersama kekasih kau..aku buntu..semasa pemergian kau ke luar negara,aku berusaha untuk menghubungi kau..namun..hampa..aku begitu mencintai kau"

tanpa sedar,air mata si DARA mengalir,dia berasa seronok,pengakuan si TERUNA menggembirakannya..namun semuanya sudah terlambat..

"si GADIS tahu akan hal ini..dia telah banyak berkorban demi aku,dan..aku sudah bersumpah untk menjaganya sepanjang hidup aku"

kekusutan mulai terlerai..

sampai sahaja si DARA di rumahnya,dia duduk di kerusi sofa di depan TV lantas tertidur,mimpinyer mengimbau kembali saat si TERUNA mencium pipi si GADIS,dia terlihat akan wajah kekesalan si TERUNA atas perbuatan,namun atas keegoan si DARA,ia enggan mengakui ia terlihat akan hal itu..air mata mengalir deras..kekusutan terlerai sedikit demi sedikit..

P/S:simpan la ego korang jauh2..jangan tunjuk sangat..






From:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

1 comment:

  1. sedihnya.. ya.. jangan simpan sangat ego kita..

    ReplyDelete