Followers

Follower 2

Friday, 2 December 2011

Cemburu

Assalamualaikum..
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia..
Hari ini Iz nak kongsi pasal cemburu..
Apa yang Iz tulis ini atas dasar pencarian dan apa yg Iz tahu je..
Hope korang ley terima and layan sama-sama k

Cemburu bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.

Cemburu juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah.

Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.

Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu akan menakutkan pasangan?
Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.

Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.

Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya.
Apabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu, malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami.

Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.

Cemburu memang bahaya dalam perhubungan. Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan panduan:


* Betulkan semula niat

Pertama, perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat, malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya.
Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah, jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan. 


* Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.
Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu
 ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik
untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik. Justeru, anda akan 
mulabelajar erti reda.



* Dekatkan pada Maha Pencipta

Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta.
Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

0 comments:

Post a Comment