Followers

Follower 2

Friday, 1 June 2012

Kenapa Saya Menduakan Cinta??

 Assalamulaikum
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia
 Meh nak story sikit sal kisah menduakan cinta..
korang bacalah k :)

 
Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.

“Siapa SMS?”

“Tak ada siapa-siapa,” balas saya buat-buat selamba.

“Cakap betul-betul sebelum I campak telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.

Nak tak nak, terpaksa dibukakan cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”

Dia mula diam dan saya mula sakit hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang lain berpunca dari sikapnya sendiri.

Bukan mudah untuk kita mengakui kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku curang.

Pernahkah kamu mengalami situasi sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga, tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?

1. Sikap sambil lewa

Memang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.

2. Semuanya penolakan

Apa sahaja kamu sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.

3. Impian dia seorang

Jika merancang masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…

4. Keluarga tolak tepi

Usia perkenalan sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa. Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.

5. Membosankan
Rutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.

6. Asyik dipersalahkan
Boleh pula dia mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri. Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita? Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.

7. Tiada romantis
Kalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?

8. Teman mesra
Kamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.

9. Jiwa kosong
Ketika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cinta
Kamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?


Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

0 comments:

Post a Comment