Monday, 31 October 2011

Gadis Kedai Buku

Dia,si gemuk yang sering kali dipersendakan oleh rakan2nya.Disebabkan badannya yang agak debab,maka agak sukar baginya untuk mendapat kawan2.Apatah lagi gadis2.Sepanjang hidupnya,dia cukup takut untuk jatuh cinta pada sesiapa pun didalam dunia ini kerana dia seakan2akan tahu akan jawapan yang akan diterimanya.Tidak!Ianya ternyata amat menyakitkan.Dia tidak mahu sakit lagi.


Namun suatu hari,sesuatu telah berlaku,dan ianya mengubah pendirian dia.


Dia bekerja di sebuah kedai makanan segera di sebuah shopping complex yang separa siap.Di panggil separa siap kerana shopping complex itu masih baru dan tak begitu banyak kedai yang di buka di situ.Berhabuk pulak tu.Sebagai waiter,dia sentiasa bersedia di pintu hadapan bagi menyambut mana2 tetamu yang hadir di kedai tersebut.Dan pada ketika itulah,ianya berlaku.

Seorang gadis yang sungguh comel dengan memakai baju T-Shirt hitam berkolar serta rambutnya yang panjang lurus masuk ke dalam kedai itu.Dia ternyata terpana sebentar kerana begitu kagum akan kecantikkan si gadis itu.Namun,bukan dia sahaja,hampir semua orang didalam kedai itu begitu.Sehinggakan,mereka yang bekerja dibahagian dapur juga turut keluar bagi melihat gadis tersebut.Ya,Gadis itu sungguh cantik.Saat itu,hampir semua pekerja berebut2 untuk mengambil pesanan gadis itu.Begitu juga dia.Dia begitu mahukan lantas dia cepat2 pergi mengambil menu dan dengan segera dia mengambil pesanan si gadis itu.Oh ya,sudahkah saya katakan yang dia sungguh comel?Dan dia rasa,itu moment paling indah dalam hidupnya walaupun semua perbualan adalah dalam bentuk yang amat formal.Dia ternyata jatuh cinta.

Keesokkan harinya,kisah si gadis yang cantik itu menjadi kecoh sebentar.Menjadi bahan bualan dalam kedai dan sering diperkatakan.Dia pula,ternanti2 mana tahu kalau2 gadis itu datang lagi ke kedai tersebut.Mana tahu kan.Kekecohan itu menarik perhatian salah seorang pekerja yang tidak hadir bekerja semalam.Setelah segala maklumat tentang si gadis itu diberi oleh semua,baru lah diketahui bahwa si Gadis rupanya kawan kepada pekerja tersebut.Lisa nama si Gadis.Lisa.Secantik namanya,secantik wajahnya.Dan dia juga mendapat suatu maklumat yang sungguh penting baginya.Si gadis itu turut bekerja disitu.Dan dia berkerja di tempat kegemarannya utnuk meluangkan masa,kedai buku.




Semenjak hari itu,setiap kali waktu rehat,dia kan meluangkan masa sekurang2nya 10 atau 15 minit untuk datang ke kedai tersebut sekadar untuk menatap seketika gadis idamannya itu.Bukan dia taknak menegur.Jika diambil kira dengan kecantikkan gadis tersebut,sudah tentu dia takkan mahu memandang lelaki sepertinya.Dah la gemuk,skema,tak kaya.Ya,dia rasakan gadis idamannya itu pasti high standard.Mungkin.

Tapi,dia perasan,setiap kali jika dia terserempak dengan gadis itu,sudah pasti dia akan masuk ke dalam stor dalam satu tempoh masa yang lama.Kiranya,sampai tak keluar2 dari situ.Dia banyak kali menyelamatkan dirinya yang merasakan semakin kebawah dengan senyuman sambil di dalam hatinya berkata “Mungkin bosnya suruh buat kerja kot” walaupun hakikat sebenarnya,dia sendiri tahu.Ianya bukan begitu.Cuma sejarah minta ianya berulang.

Suatu hari,ketika itu 14 Februari.Seperti biasa,dia masuk ke kedai tersebut.Dan seperti biasa juga,sekadar mahu menatap sebentar Gadis idamannya itu.Sudahkah aku nyatakan betapa cantiknya keayuan wajah gadis idamannya itu?Apabila masuk sahaja ke dalam kedai tersebut,matanya mula melilau untuk mencari2 kelibat Gadis tersebut.Ada!Gadis tersebut sedang mengemaskan buku.Dia begitu ingin mulakan perbualan lantas,dia sengaja mensibukkan diri berdekatan dengan rak yang sedang disusun oleh Gadis itu dengan harapan,gadis itu akan bertanya sesuatu padanya.Dan dengan harapan,perbualan pun akan bermula.

Hampa.Cuma ada seorang lelaki yang seperti mat saleh yang datang menyapa.Setelah hampir 25 minit berada berdekatan dengan rak tersebut,dia mula rasa apa yang dilakukan ini sia2.Dia mula mengambil keputusan untuk keluar dari kedai buku tersebut.Tiba-tiba,sesuatu berlaku



“To all customer in Boarders bookstore,i would like to wish Happy Valentine Days to all customers and please enjoy yourself while in here.Thanks”



Sesudah habis bercakap menggunakan microfon,gadis itu terus berlalu pergi masuk ke dalam tempat stor.Ya,dia tahu,kata2 itu sudah tentu pasti bukan ditujukan untuk dirinya seorang.Sudah pasti bukan.Sahih.Tapi hari itu,akal memberikan peluang untuk hati berasa gembira sedikit.Dia biarkan hatinya berkata2 dusta bahwasanya kata2 gadis itu sebentar tadi ditujukan untuk dirinya.Dia tersenyum dan berlalu pergi.Andai ditolak keadaan akal yang sengaja membiarkan hatinya membohongi dirinya sendiri,itulah hari yang paling bahagia dalam hidupnya.

Semenjak dari itu,semakin kerap dia datang ke kedai buku tersebut.Namun,apa yang dia dapat sekadar kehampaan yang terus menrus.Mengapa?Gadis itu semakin tidak kelihatan dimana2.Di kaunter,di rak buku.Atau dimana2 sahaja.Sudah dua minggu berlalu dan perkara sama tetap berulang.Adakah dia sudah berhenti bekerja?Adakah dia berasa takut kerana si gadis sebenarnya sedar kan kehadiran dia disitu?Adakah dia begitu bencikan dia?Sumpah,dia sungguh sedih.Sudah begitu lama rasanya dia tidak melihat wajah si Gadis itu.Namun,dia tetap keluar dari kedai itu dengan senyuman.Entah mengapa.


4 Bulan selepas itu,jika dikira dari hari pertama dia hadir bekerja,hari itu merupakan hari terakhirnya di tempat kerja itu.Sesuatu berlaku di tempat kerjanya dan ianya tak mungkin mampu diperbetulkan lagi.Tepat pukul 5 Petang,setelah meng”Punch” kad,dia pun berlalu dari situ.Kakinya tidak terus melangkah ke tempat letak motornya,tetapi ke tempat yang suatu ketika pernah menjadi tempat persinggahan yang tetap.

Ya,dia merasa rindu pada orang yang tidak sepatutnya..Dia ingin berkata “Hey,aku sudah berhenti kerja.Aku dah tak boleh datang lagi Lisa.Aku tahu memang aku takde chance nak jadi pakwe kau.Tapi, at least,biarlah aku nak tengok wajah kau buat kali terakhir or maybe we can be friend?”.Ya,itu yang ingin dikatakan.Biarlah andai Lisa nak kata dia gila.Biarlah.

Kakinya terus melangkah semula kedai buku tersebut dengan harapan tersebut.Masuk sahaja kekedai,matanya mula melilau mencari2 kelibat gadis itu.Tiada.Hampa.Dia mula melangkah longlai keluar semula dari kedai tersebut dan terus ke tempat letak motornya.

Sampai sahaja ke motornya,dia tersenyum.Terdetik di hatinya “Kalau aku jumpa dia tadi,takkan la aku nak cakap camtu pulak.Gila.Kang di ingatkan aku ni si Gila Seks.”.Dia ketawa kecil.Dia mengimbas kembali saat dimana jika andai kata gadis itu ada di kedai buku tersebut.

“Sekurang2nya,aku boleh sebut “Hai,remember me?The person that serve u sandwich?”..Hahaha,mesti dia dah tak ingat.Tapi at least,aku still nak cakap hi kat dia.Kalau lah ada peluang sekali lagi.”

Sedang dia memerhati keadaan pintu keluar,ia termakbul.Ya,permintaan nya sebentar tadi termakbul.Dia ternampak Gadis tersebut sedang berjalan sehingga ke pintu keluar dan sedang berdiri seorang diri disitu..Ya,dia pasti,itulah gadis itu.Gadis yang sama dia minati itu.Gadis yang ditetapkan sebagai gadis idaman.Ya,ia disitu.Tak mungkin hatta mustahil utnuk dia tersilap.


“Nak tegur ke?Ini je lah peluang terakhir aku ye dak?”



Dia menghidupkan enjin motornya,setelah 3 minit,dia menyarungkan helmetnya dan terus berlalu pergi,melalui pintu keluar tersebut.Sambil mata memerhati buat terakhir kalinya gadis idamannya itu.Aku dah cakap kan dia begitu cantik?Dan,dia tersenyum puas.

Baginya,biarlah dia terus berharap.Dia rasakan itu lebih manis.Dia takut,kalau2 kemanisan yang dia sedang kecapi itu bertukar menjadi igauan paling ngeri dalam sejarah karingeri.blogspot.com.Mana tahu,bila dia menyapa dengan hai,si Gadis mungkin akan memberikan sebuah memori hitam yang paling hitam superb hitam black dalam hidupnya.Siapa tahu?


Lagipun,aku pemalu.


Sekian.


From:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Sunday, 30 October 2011

Kisah Nobita dan Shizuka


Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia n Salam 1 Blogger..
kepada rakan-rakan yang suka baca Entry aku nie thanks k..
Hari ni Iz nak kongsi cerita cinta antara Nobita dan Shizuka..

Mesti korang kenalkan sapa diaorang..
Lau tak kenal sah masa kecil-kecil dulu tak tengok cerita DORAEMON..
heheh..
ok melalut dah nie..
Macam ni kisah dia bermula macam nie


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? 

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]




Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Saturday, 29 October 2011

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia n Salam 1 Blogger..
kepada rakan-rakan yang suka baca Entry aku nie thanks k..
Hari ini Iz nk Kongsi Tips sikit kat korang semua..




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.

4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.

9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.

17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.

20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.


Jadi kepada sesiapa yang rasa ada some one wat cam tu kat dia..
so korang harus paham-paham la..
gunakan tips nie sebagai pedoman mencari seseorang yang betul- betul
sayang korang k :)



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Thursday, 27 October 2011

Puisi Cinta 2


Aku tertelan waktu dalam hening yang sunyi....
sunyi yang mengekat.. rongga nafasku...
Sejenak aku termenung dalam ragu....
Haruskah... kuhentikan detik sang waktu..
detik demi detik yang terangkai demi cintaku  padamu..
Kucoba bertahan dalam belenggu hening yang kian sunyi...
belenggu yang membuat tiap kata hilang dari syairku..
Belenggu yang merampas tiap puisiku...
Kucoba bertahan.. tanpa kata... tanpa rima dalam tiap suara hatiku
kucoba bertahan meski kematian kian erat mendekapku...
Kucoba bertahan meski nafas kian menjauh dariku...
Kucoba bertahan dipersimpangan...
Hingga harus kuakhiri cerita cinta ini...
Cerita cinta... yang selama ini membuat jantungku berdetakk...
Cerita cinta yang membuat rongga nafasku dipenuhi udara...
Cerita Cinta yang membuatku bertahan untuk hidup...
Ku akhiri semua....
 Bukan demi diriku.....
Bukan demi Hidupku....
Apalagi demi harapanku....
Ku akhiri semua.......
Demi cintaku.....
Aku tak ingin.... langkahmu tersandung
atau bahkan engkau terjerebab... karena aku...
Ku akhiri semua.....
meski hangat menjauh dari tubuhku...
Bahkan darah berhenti mengalir di ragaku....
Tapi aku harus bertahan....
Meski sunyi akan menjadi nyanyian di tiap detikku..
Meski hampa menjadi hari-hariku...
Ku akhiri Cinta ini.......
Hanya karena aku yang teramat mencintaimu...
Ku akhiri cinta ini.....
Hingga Engkau akan selalu hidup.. meski kematian menjemputku...
Ini lah akhir penantianku..

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Wednesday, 26 October 2011

Kisah Cinta Dan Kasih

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.
CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Tuesday, 25 October 2011

Penyesalan Seorang Lelaki


Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia n Salam 1 Blogger..
kepada rakan-rakan yang suka baca Entry aku nie thanks k..

Hari ini Iz ada cerita baru..
So korang layan lah k..
Cerita dia bermula macam nie...........


ketika farah sedang sibuk menyiapkan assignment . tiba - tiba dia mendapat satu mesej . tertera nama " bie sayangs " di skrin telefon . dengan excited farah membuka mesej tersebut . " salam.soal hati .hati b sekarang ni . b pun tak paham.b cuba dapatkan feel nak layan ayg  macam mana b layan ex b yang lain . b dah cuba banyak kali . tapi b tak boleh .mungkin b dah serik dengan kapel . tapi b bagi peluang hati b untuk kapel . sebab tu jadi macam ni . b minta maaf .b bukan buat semua ni untuk orang lain atau suka-suka .hati b dah tak macam dulu .sebelum hubungan kita makin jauh dan dalam . b nak minta undur diri . b tak nak bila dah jauh . b bagi harapan tinggi menggunung . pastu timbul perasaan macam ny .ayg berhak dapat layanan yang lebih baik dari b . im so sorry . thanxx sebab pernah terima b hadir dalam hidup ayg suatu ketika dulu . jaga diri and ingat parents . salam" terkedu farah di situ . badannya berasa lemah . menitis airmata nya mengenangkan dirinya yang hanya bertepuk sebelah tangan setelah 9 bulan hubungan dijalinkan . setelah peristiwa itu satu mesej dari farah pun tidak dibalas dek haikal . haikal terus menyepikan diri . dirinya di buru rasa bersalah kerana membiarkan farah menjadi mangsa akibat penyesalannya terlalu menyanyangi wanita suatu ketika dulu . farah gadis yang masih muda terus hilang arah setelah mendapat tahu yang dirinya menjadi mangsa oleh seorang lelaki yang benci akan wanita . beberapa minggu selepas itu . muncul bekas kekasih farah dengan meluahkan seluruh hasrat hatinya . yang dia masih menyanyangi farah seperti dulu . tapi hati farah hanya pada haikal biarpun cinta lelaki itu palsu . bekas kekasih farah berasa menyesal kerana pernah meninggalkan gadis itu suatu ketika dulu dengan harapan gadis itu bakal mengukir kebahgiaan  bersama insan lain . namun prasangkanya tidak mengena .. setelah sekian lama haikal menyepi dek kerana berasa bersalah . dia berhasrat untuk mencari farah semula. gadis yang langsung tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan akibat sifat bencinya pada perempuan . pada suatu hari haikal menghubungi kawan baek farah setelah beratus kali panggilannya ke  telefon bimbit farah tiada jawapan . " salam . ny sarah ka ? boleh tanya . mana farah ek ? saya haikal . dah beratus kali saya call dia  tapi tak dapatlah " kata haikal melalui corong telefon . " wassalam . haikal yea ? haikal . farah dah tiada . dia kemalangan jalan raya semasa keluar untuk belikan kek sempena hari jadi haikal  2 hari lepas . dia ada tinggalkan sepucuk surat buat haikal sebelum dia keluar dari rumah . boleh tahu macam mana saya nk buat untuk serahkan surat ni pada haikal ? " kata sarah . " xpela kita jumpa di xyria restaurant jam 8 malam " kata haikal . saat haikal mematikan talian telefon . hatinya berdegup kencang . saat dia sedar gadis yang telah bertakta di hatinya selama ini telah pergi buat selamanya . haikal sangat menyesal akan apa yang jadi . haikal bersiap siap untuk keluar bertemu sarah . " haikal surat ni khas buat haikal " kata sarah sambil menyerahkan sepucuk surat bersampul ungu violet .

salam ..
sebelum farah terus menulis surat ini . izinkan farah memanggil haikal  "B" buat kali yang terakhir. b . sekian lama kita terpisah ayg masih tak dapat lupakan kehadiran b dalam hidup ayg . b banyak bagi ayg semangat dalam study . dalam hidup . walaupun ayg bukan gadis yang bertakta di hati b . tapi izinkan b terus bertakta di hati ayg . b saat b tinggalkan ayg dlu . bekas kekasih ayg muncul dalam hidup ayg dan meluahkan semua hasrat hati yang dia pendam dari ayg selama ni . tapi hati ayg tidak goyah . masih milik b . b masih di hati ayg . kuatkan cinta ayg untuk b . biarpun b bukan yang pertama dalam hidup ayg . tapi b yang terakhir dalam hidup ayg . b terima kasih yea sebab pernah berusaha mengurat ayg yang garang ni suatu ketika dulu . ayg masih tak dapat lupa saat pertama ayg bertemu dengan b . b ayg tunggu pintu hati b terbuka yea untuk terima cinta ayg seadanya. biarpun cinta ayg tak sehebat cinta zulaika kepada nabi yusuf tapi cukup sekadar ayg dapat membuatkan b tersenyum . b terima kasih yea untuk senyuman b buat ayg selama ni . b hari ni ulangtahun kelahiran b ke 20 kan . selamat hari lahir sayang . mmuuahhx . ayg nak buat surprise untuk b kalau sempat . tapi kalaw ayg tak sempat jumpa b . ayg nak b tahu 1 benda ny . b I LOVE YOU . b ingat taw janji ayg kat b . ayg tunggu b . dan jangan pernah buang taw kenangan indah kita . sebab setiap detik ayg rasa ayg masih lagi bersama b . b . andai ini kali terakhir kita bersua walaupun hanya melalui surat . ayg mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . dan ayg takkan mesej b macam dulu dah .ayg takkan ganggu b dengan kawan2 b dah . ayg takkan ganggu b dengan panggilan telefon ayg dh . dan ayg takkan rindu b teruk2 dah . kan b cakap b taknak ayg rindu b teruk2 . b kalau sakit makan ubat taw . jaga diri . wassalllamm............
                                                                                       SALAM SAYANG
                                                                                                     FARAH <3




menitis airmata haikal setelah dia membaca surat terakhir dari farah . ingin sahaja dia dakap farah sepuas hati saat itu . tapi sayannya itu sudah terlambat . farah dah pergi jauh dari hidupnya . haikal sangat2 menyesal dengan apa yang terjadi dan apa yang telah menimpa diri farah setelah ketiadaannya disisi . saat itu . sarah menghulurkan sebuah album gambar kepada haikal . album tu dipenuhi dengan gambar kenangan dia bersama farah . dia sangat merindui senyuman farah serta sikap manja dan kuat merajuknya itu . haikal dakap album tersebut sekuat hati lalu sarah meninggalkannya keseorangan yang berlinangan airmata ........




copy from:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Monday, 24 October 2011

MR angry bird (Real Story)

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia n Salam 1 Blogger..
kepada rakan-rakan yang suka baca Entry aku nie thanks k..

Kisah ini dikirimkan oleh My Friends..
Dia katakan ini adalah kisah SAHABAT karib dia..
aku cuma menjalankan tugas aku ja..
so korang layan la k..


hye .
haha . mesti pelik enn tengok tajuk entry hari ni . MR angry bird ? apakah itu ? haha . bukan game ka . ehh bukan la . tak la . sini dekat2 mas nk cerita ny . pada suatu hari kan . kan . kan . haha . jangan marah . tak lah macam ny . mas nak cerita kenapa mas minat sangat angry bird ni .

suatu ketika dahulu .
mas kenal someone ny . nama dia . Mr.N . actually . entry untuk wafi . kenal ann . wafi and Mr.N is the same person . ouke . mas tahu even kitaorang dah lost contact . tapi dia akan follow blog mas . sebab semua yang ada kat blog ny dia tahu . firstly . mas nak minta maaf . ouke . mas tahu wafi gunakan that girl tue untuk bagi mas jelesh . and then minta break . sebab wafi nak sangat2 kita break . tapi perlukah begitu ? bukankah berterus terang adalah lebih baek .walaupun kekadang ia memeritkan . sekarang mas sedar berkawan dengan wafi adalah lebih baik dari berkapel dengan wafi . im still remember . macam mana kita mula2 kenal dulu . wafi suka panggil mas chomot . sebab apa . sebab mas ajar wafi buat smiley macam ni :3 .hahah . wafi tahu tak . wafi orang pertama yang berani panggil mas chomot . kekadang . mas tetiba rasa rindu pulak . orang text mas panggil hyep momot . tue kan dah jadi kebiasaan wafi untuk kita mula texting . haha .

walaupun seribu orang boleh panggil mas macam tue lepas ni . mesti tak sama macam wafi panggil enn . sebab . wafi orang pertama panggil macam tue . orang cakap apa . macam mana pun yang pertama tue terbaek . tak mudah dilupakan . lepas tu . lepas tue . mas pulak orang pertama yang berani panggil wafi dengan panggilan G . E .G .E . H . ingat tak tue mesej pertama mas buat wafi ? haha . wafi simpankan . tapi sekarang tak tahu la . then . wafi suka sangat panggil mas dengan nama " izza " . wafi tahu mas tak suka panggil macam tue . tapi wafi lagi2 la suka menyakat mas dengan panggilan macam tue . haha . wafi cakap . kita kena panggil orang dengan nama yang ada maksud yang elok . yea . betul la tue . mas pun . nak jugak . mas suka sangat sakat wafi dengan nama suci wafi tue . haha . nanti wafi geram kat mas enn . haha . ouke . then . first meet kita . wafi tengok mas . aisehh . malulah dok perati mas tak habis2 . haha . nakal enn . wafi selalu cakap kat mas . perkataan sayang tue mahal sangat . tak boleh diungkapkan selalu . tapi sekarang mas sedar . mungkin wafi tak sayang mas kodd . tapi entah . hati wafi jep yang tahu . kekadang mas tanya hati mas balik . kenapa mas perlu senyum saat wafi tanya . " awak . awak sudi tak jadi gf saya ? " 14 mei 2011 jam 10.15pm .sebab mas selalu cakap kat wafi . senyum tanda yea kan . haha . sebab . saat wafi tanya macam tue . mas buat smiley . then mas cakap . senyum tanda yea . kalau la mas tak buat smiley malam tue . mesti kita tak jadi macam ni enn . lepas tue . lepas tue . mas respect sangat kat wafi . bila wafi cakap . wafi nak sentuh mas lepas kahwin . kan wafi cakap . bukankah bersentuhan lepas kahwin itu lebih manis . yea . wafi langsung tak pernah sentuh mas enn .

even kita tengok wayang sekali . thanxx . sebab respect hak mas sebagai wanita . thanxx . sebab wafi tak anggap mas macam perempuan sekadar pemuas nafsu . and the biggest thanxx sebab . sebab . wafi dah jaga mas dengan baik . tapi ada orang cakap . tak pegang tak sayang . tue lantak diaorang la enn . yang pasti kita tahu apa kita buat . salah satu sebab . mas appreciate wafi . sebab ni la . sebab wafi tak pernah sentuh mas . wafi jaga mas dengan baek . wafi tak macam lelaki lain enn .

lepas dah pegang2 tinggal macam tue jep . buad parut macam tue . even wafi lepaskan mas . tapi wafi tak da la buat something kat mas yang buruk kan .  lepastu . lepastu . wafi mula ajar mas . dengan minat angry bird . wafi belikan mas angry bird enn . chomeyh taw angry bird 2 . terima kasih . nak tahu tak . lepas dari tue . mas minat sangat2 dekat angry bird tue . entah . sebab wafi kodd . wafi .

 wafi tahu tak . mas nak minta halal ek . semua yang wafi dah belanja mas wayang tue . makan tue . mas tahu . mas membazir . sebab makan tak habis . tapi . tapi . mas suka sangat tengok wafi gelak . wafi ingat tak . hari tue tak semena mena wafi gelak . time tue . mas punya geram . rasa macam nak tampaq laju2 jep dekat wafi bagi benti gelak . haha . apa la wafi ni . mas rasa gelaran mr . angry bird ni untuk wafi kodd . and . . . .

 ni mungkin entry mas  terakhir untuk wafi . dah selesai semuanya . sebab semalam mas dengar cerita baik tentang wafi mengenai mas . thanxx wafi . sekurang kurang mas dah sedar . wafi pernah hargai mas suatu ketika dulu . 



copy from:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Sunday, 23 October 2011

Cinta Itu Telah Hadir Dalam ‘Kewujudan’


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Saturday, 22 October 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.





Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Friday, 21 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Wednesday, 19 October 2011

Jangan Pendamkan Perasaan

Before that korang Stop lagu kat Blog nie dulu..
korang kena layan klip video nie smbil baca cerita nie :)



seorng gadis ada penyakit
kanser & cuma ada 30 hari utk
hidup..
dyer sukakan seorng lelaki yg
kerja di kdai CD..
... tapy dyer x pernah bgtaw lelaki
2 tentang cintanya..
setiap hari dyer pergi beli CD
semata2 nk luangkan mase dengan
lelaki 2..
selepas sebulan gadis itu meninggal..
... biler lelaki 2 pergi mencari gadis
tersebut...
ibu gadis tersebut memberitahu
bahawa anaknya dah meninggal
kerana kanser..
lalu lelaki itu kebilik anaknya ..
kat c2 lelaki nampak kesemua CD
yang dibeli oleh gadis 2 x bukak
pon & lelaki itu mula
menangis ..
tau kenape ??
 sebab......
 lelaki itu
letakkan surat cintanya untok gadis
tersebut dalam CD yang gadis itu
beli..
Kedua2nya saling mencintai tpy x
pernah meluahkan.. 
thatz the
end..
so cpt2 lah luahkan nyer kalau
anda mmpunyai prasaan trhdp
sseorng ~~~!!!
waaaaaaaaaa!!!

Ok that's all..
actually cerita nie penah berlaku..
bukan dekat aku la..
tp my best abang angkat a..
lebey kurang a cerita nie..
bukan CD tp kedai Topup..
tapi nk wat cam na die xsmpat nak sama dengan orang yg dia cinta..
coz ALLAH lebey sayangkn dia..
AL-FATIHAH..


Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Tuesday, 18 October 2011

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA



1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.



copy from:

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia