Wednesday, 27 June 2012

10 Sebab Perempuan Tak Respect Lelaki

1.Dah ada awek kau nak pegang-pegang.. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. Konon special untuk kau seorang.. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye.. Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. Konon kau penyabar.. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. Konon kaulah lelaki paling gentleman.. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri.. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau.. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho.. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau..Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua f**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.
7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. Konon untuk kepuasan diri.. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. Bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. Kau kata konon bajet cun.. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata.. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Friday, 22 June 2012

25 perkara yangg membuatkan lelaki benci wanita

1 Wanita yang suka mengumpat
2 Sombong dan bongkak
3 Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4 Hisap rokok
5 Wanita yang hipokrit
6 Pembohong dan suka mencari alasan
7 Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
8 Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
9 Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
10 Pengotor dan pemalas
11 Tak bertanggungjawab langsung
12 Tak pandai mengemas
13 Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
14 Kuat berleter walau hal remeh temeh
15 Boros berbelanja
16 Tak tahu memasak
17 Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
18 “Queen Control” atau suka mengarah-arah
19 Tak pandai bergaya atau selekeh
20 Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
21 Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
22 Panas baran
23 Kuat merajuk dan sukar dipujuk
24 Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
25 Tak mahu mengakui kesilapan dan ego


Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Wednesday, 6 June 2012

Segmen: Trademark Blog Saya

Assalamualaikum,
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia

oke ,hari ni iz nak lari tajok sikit coz iz nak join segmen dari fariz reza ,
try usha - usha .
.urmm..menarik jugak sebab lain dari yang lain..
why not kite join? bukan rugi ape pon..
lagipon pengajur segmen dah ajak..hehe..
jom lah join! klik banner kat bawah ea..

(sila klik banner lau nak join jugak)

Syarat Sah Wajib Pertandingan!

- Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
- Tajuk haruslah seperti berikut "Segmen: Trademark Blog Saya"
- Sertakan trademark anda di dalam entry contoh "Biasa itu diriku ,Luar biasa itu pilihanku" 
- Hantar link entri anda ke ruangan komen, Link entri BUKAN link BLOG, hantar di ruangan    
  komen entri ini sahaja.
- Lepas dah siap semua sila senyum selama 5-10 saat (^___^) Tak senyum tak boleh join!!  
  Sila jujur.
- Segmen ini tamat pabila jumlah penyertaan sebanyak 50-70 orang.

ni syarat - syarat die ..simple kan?
oke..trademark blog aku .." Tak Semua Cinta Itu Di Akhiri Dengan Kebahagiaan " ..try tengok header aku ..ada tulis kan?



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Saturday, 2 June 2012

Perkara yang lelaki suka akan wanita



1 Sikap kelakar
2 Budi pekerti dan kesopanan
3 Murah hati
4 Senyuman manja
5 Pandai memasak
6 Pandai dalam mengenakan pakaian
7 Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8 Tak mudah naik angin
9 Tak terlalu seksi dalam berpakaian
10 Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
11 Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
12 Sukakan kanak-kanak
13 Suara lembut tanpa dibuat-buat
14 Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
15 Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
16 Tahu bersyukur
17 Pandai berjimat-cermat
18 Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
19 Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
20 Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
 
 

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Friday, 1 June 2012

Kenapa Saya Menduakan Cinta??

 Assalamulaikum
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia
 Meh nak story sikit sal kisah menduakan cinta..
korang bacalah k :)

 
Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.

“Siapa SMS?”

“Tak ada siapa-siapa,” balas saya buat-buat selamba.

“Cakap betul-betul sebelum I campak telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.

Nak tak nak, terpaksa dibukakan cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”

Dia mula diam dan saya mula sakit hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang lain berpunca dari sikapnya sendiri.

Bukan mudah untuk kita mengakui kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku curang.

Pernahkah kamu mengalami situasi sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga, tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?

1. Sikap sambil lewa

Memang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.

2. Semuanya penolakan

Apa sahaja kamu sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.

3. Impian dia seorang

Jika merancang masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…

4. Keluarga tolak tepi

Usia perkenalan sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa. Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.

5. Membosankan
Rutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.

6. Asyik dipersalahkan
Boleh pula dia mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri. Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita? Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.

7. Tiada romantis
Kalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?

8. Teman mesra
Kamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.

9. Jiwa kosong
Ketika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cinta
Kamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?


Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Cinta Agung


Assalamualaikum..
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia..
Dah lama tak update blog nie :)
So Iz update la benda nie :)



Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi.

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

♥ Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.. 
♥ Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut
♥ Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur… 
♥ Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku, Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

:: SHARE jika anda rasa ia perlu dibaca oleh orang lain ::

Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia