Thursday 15 December 2011

Aiman Nak Tanya Nie

Assalamualaikum..
Salam Blogger and Salam 1 Malaysia..
Hari ini Iz nak kongsi lagi satu karya Abg Lan..
yang ni lama dah cuma baru nak post ja :)
so korang layang lah k :)

Rumah Pak Cik Deraman dipenuhi dengan ramai sanak saudara, jiran tetangga, jiran eskalator dan rakan taulan yang hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak sulungnya. Pak Cik Deraman dari tadi tidak menang tangan melayan kedatangan tetamu-tetamu yang kelihatan tidak putus-putus dari kelmarin lagi. Sejak dari petang kelmarin hingga petang hari ini, Pak Deraman masih lagi belum tidur yang nyenyak. Namun, Pak Deraman tidak kisah kerana ini adalah majlis perkahwinan pertama anak lelakinya.

Oleh kerana kelmarin, majlis diadakan di sebelah perempuan agak 'grand', Pak Deraman tidak mahu kalah dan berusaha menjadikan majlis hari ini lebih 'awesome' dari majlis di sebelah perempuan.

Keadaan di dalam rumah Pak Deraman tidak kurang hebatnya. Isterinya bersama-sama dengan rakan taulan yang lain, memainkan peranan masing-masing. Tidak mahu kalah dengan suaminya, isteri Pak Deraman, Mak Sue juga sibuk melayan kunjungan dari sesiapa yang datang untuk bersalaman dengan pengantin baru.

Sound sistem dan deejay yang ditempah tidak dapat menandingi kekuatan bunyi suara Mak Sue dan rakan-rakannya yang lain.


Sewaktu keadaan sibuk di luar dan di dalam, Aiman, anak bongsu kepada Pak Deraman dan Mak Sue sedang duduk diatas bangku kecil di sebelah kiri bersebelahan tangga rumahnya. Dia bingung melihat keadaan sekeliling yang bagaikan ada pesta baginya. Kerana masih kecil dan tidak tahu membuat apa, dia hanya duduk di situ, memandang kemeriahan di dalam dan di luar rumahnya. Dia tiada teman pada petang itu, dan dia juga amat segan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain yang lebih kurang usianya yang bermain di luar. Berhampiran dengannya, dia terdengar perbualan ayah saudaranya. Oleh kerana ingin tahu, dia memasang telinga mendengar perbualan mereka dengan penuh khusyuk.

Tiba di satu ayat, Aiman menjadi hairan. Terus dia bertanya kepada Pak Lang, gelaran kepada ayah saudaranya, namun hampa. " Tanya abang kamu kalau kamu nak tahu ", kata Pak Lang kepada Aiman.

Kerana ingin tahu, Aiman segera berjumpa dengan abangnya. Berlarilah dia menuju ke tempat pelamin, tempat abangnya sedang duduk melayan pengunjung yang ingin mengambil gambar bersama. Seelok dia sampai, masih ramai yang berada berhampiran dengan abangnya. Aiman menunggu dengan sabar, oleh kerana dia sememangnya seorang yang segan, dia membiarkan sehingga orang lain beredar.

Daus yang sibuk melayan pengunjung perasan akan adiknya, dan segera memanggil. Aiman yang dari tadi menunggu terus datang secara perlahan..


" Along, Aiman nak tanya ni ", Aiman bersuara kepada abangnya yang sedang duduk di pelamin bersama dengan kakak iparnya. Daus tersenyum seketika, melihat adiknya yang melihat kiri dan kanan. Daus tahu, adiknya tentu tidak akan bersuara selagi ada orang lain memerhatikannya.

" Apa dia Aiman? Bagitaulah...", abangnya membalas, ingin mendengar pertanyaan dari adik bongsunya.
" Ermmmm, bila malam pertama abang ek..?? "

Daus :  ...................................... =,="


P/S : Soalan tersebut memang pernah terjadi... :)
( Sila LIKE kalau suka atau KOMEN supaya aku tahu kamu dah baca...better komen dan LIKE sekali la..haha...)

copy from : Abang Lan 

1 comment:

Daisypath Vacation tickers